Air zam-zam
Harga 1 liter :RM38(Semenanjung Malaysia)
RM48(Sabah & Sarawak)
Harga 2 liter : RM96(Seluruh Malaysia)
Sila klik butang tempahan di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!
(Molekul Air zam-zam)
(Molekul Air Biasa)
Kebiasaannya apabila kita mengunjungi rakan atau saudara
yang baru balik buat haji dari Mekah. Air zam-zam yang akan dihidangkan bersama
buah-buahan seperti kurma, kismis, kacang cerdik dan lain-lain serta pemberian
tasbih sebagai hadiah. Yang penting kita dapat merasakan keenakan air zam-zam
dari Mekah. Namun, sebenarnya air yang satu ini mempunyai khasiat yang tidak
kita temui dalam air lainnya.
Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah pernah ditanya,
“Apakah ada hadith shahih yang menjelaskan mengenai
khasiat air zam-zam?”
Beliau menjawab,
“Telah terdapat beberapa hadith shahih yang menjelaskan
mengenai kemuliaan air zam-zam dan keberkatannya.
Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut air
zam-zam,
“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkahi, air
tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”
Ditambahkan dalam riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy)
dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW mengatakan,
“Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat
penyakit).”
Hadith-hadith di atas menunjukkan khasiat air zam-zam.
Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh ula menjadi
ubat penyakit. Air tersebut juga adalah air yang penuh keberkatan.
Termasuk sunnah adalah meminum beberapa dari air tersebut
sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW kerana di dalam air tersebut terdapat
keberkatan. Air tersebut boleh menjadi makanan yang baik dan makanan yang
diberkati. Air tersebut disyari’atkan untuk dinikmati jika memang mudah
didapatkan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW.
Hadith-hadith tadi sekali lagi menunjukkan pada kita
mengenai khasiat dan keberkatannya sebagaimana yang telah dijelaskan di atas.
Air itu boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan ubat penyakit. Dianjurkan
bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air
tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan
untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga
boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk
menggunakannya.
Sejarah Wujudnya Air Zam-Zam
Yang nyata, air zam zam hanya ada di kota suci Makkah
tidak di tempat lain. Begitupun, mungkin ramai yang kurang mengetahui status
air zamzam dan faktor kenapa orang Islam begitu taksub dengan kehebatannya.
Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah merumuskan bahawa air zamzam adalah yang terbaik,
paling suci dan ia tidak akan kering sehingga hari kiamat. Diriwayatkan, ia
dikorek oleh malaikat Jibrail untuk menghilang rasa dahaga Nabi Ismail ketika
ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit –
Safa dan Marwah - demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang.
Dan mungkin ramai yang tidak tahu betapa asal usul nama
penghulu segala air itu ialah `Zome-Zome' bermakna berhentilah mengalir. Ketika
menemui mata air dalam cuaca terik di padang pasir, Siti Hajar menutupnya
dengan batu dan pasir kerana takut ia akan kekeringan. Tetapi Allah sudah
berjanji betapa air zam-zam tidak akan kering sehingga kiamat. Bukan setakat
itu, air zam-zam juga mempunyai terlalu banyak khasiat khususnya dari segi
perubatan dan kesihatan.
Kelebihan Dan Khasiat Air Zam-Zam
Pengarang kitab al-'Aqdus Sameen mendedahkan bahawa
seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air
zamzam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba
itu sembuh. Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti
Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata
sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air
zamzam. Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat
yang berkata:
"Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk
mencapai segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya
akan tercapai."
Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi
Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40
hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zamzam. Nabi Muhammad kemudian bertanya
kepada Abu Dharr:
"Siapakah yang memberi saudara makan?"
Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya
meminum air zamzam.
"Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya
terasa gemuk dan bukannya kurus."
Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah
satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan
al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah
pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda:
"Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua
tujuan dan niat."
Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad
Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah.
Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada
manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas
kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan. Al-Jalal as-Suyuti
turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa
negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata:
"Apabila mengerjakan haji, saya minum air zamzam
untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah
sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin
al-Bulqini."
Dalam bidang hadis pula, saya mahu mencapat taraf seperti
al Hafiz Ibnu Hajar. Paling menarik, air zamzam sentiasa dapat menampung
keperluan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat daripada sekitar
400,000 pada tahun 1970-an kepada tiga juta orang lewat era 1990-an sehingga
sekarang. Berjuta lagi bertandang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya
pada bulan Ramadan. Sepanjang tempoh itu, ramai umat Islam minum air zamzam dan
sebahagian besar membawa pulang air berkenaan ke tanah air masing-masing.
Dua penulis, Mahmoud Isma'il Shil dan Abdur-Rahman
Abdul-Wahid dalam tulisan mereka yang bertajuk “Perigi Zamzam’ bagaimanapun
menyatakan betapa perigi zamzam mengalami proses pembaikan paling penting pada
zaman Mamluk diketuai Sultan An-Nassir Faraj Ibn Barquq selepas berlakunya kebakaran
di Kaabah pada 2. Perigi zamzam terus diperbaiki pada zaman Hakim Makkah iaitu
Jamal Ad-Din Muhammad Ibn Abd Dhahirah. Ia terus diperbaiki pada era Sultan
Qaitbai. Pada zaman kegemilangan empayar Utmaniah, perigi zamzam terus
mengalami proses naik taraf khususnya pada era Sultan Salim II (982) dan Sultan
Ahmad IV pada 1083. Ia turut dipulihkan pada era Sultan Abd Al-Hamid I pada
1187 serta 1203.
Adab Minum Air Zam-Zam
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zam zam
mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan
Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian
bertanya:
"Tuan datang daripada mana?".
Lelaki itu menjawab ringkas:
"Saya baru lepas minum air zamzam."
Saya bertanyakan perkara ini:
"Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang
sepatutnya?."
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal
berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata:
“Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap
kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk
lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan."
Jelas sekali air zamzam mempunyai nilai kepentingan yang
tiada tolok bandingan.
Wallahu'alam.
(Sumber : ResipiRahsiaku)